Friday, September 25, 2009

Sterne Library

Berada di sini, rasa sungguh tenang, nak kata aku membaca sangat tu takdelah jugak. But I'm my own. Kat sini takde bilik tuk student postgrade but luckily, library dia ada bilik sorang2 boleh book tuk 3 jam and boleh renew semula. Mat Sallleh ni tak suka duduk library, maybe kat umah internet dah power sampai 7-15mb, buat apa dtg library kan?

Sambil2 baca article n browse internet, wifi dia pun canggihlah jugak. Walaupun aku banyak puji library dia but some of the system, Malaysia are more better than them. Pernah tak korang dial customer services tapi nak boleh cakap dengan orang dia hampir setengah jam or lebih. Memang sakit jiwa, nasiblah tepon umah tu unlimited for local call.

One more thing, online journal kat library nie memang heaven, kalau takde kita boleh buat review through other library. E-book pun boleh print. Hari tu aku pi public library for south side, canggih jugaklah boleh pinjam dvd movies, wifi dia excellent and nampak ramai homeless kat situ, but surprisingly there was reading magazine. he he he.

oklah setakat tu je nak ceta pasal library diaorg, and counter services i give 4 star out of 5, (kalau org lain mesti bagi 5 punya) he hehe.

Thursday, September 24, 2009

Telegraph Transfer

Dari semlam sampai hari ini, kenapalah payah sangat nak buat TT nie? Semalam adik aku pi bank CIMb kat bentong tu, pegawai tu plak yang confius macamana alamat birmingham tu ada kat US bukan kat UK, dia suruh adik aku confirm balik dan datang semula esoknya. Bila datang semula dia kata pulak foreign transaction hari ini " hang". Kemudian aku suruh adik aku sorang lagi tu, radzuan tuk buat TT kat maybank pulak. Tengah dia nak siap2, abangngah aku kereta rosak kat genting semoah, pegilah pulak tolong (tengok). So sampai sekarang diaorang masih lagi tak transfer duit kat aku ni. Rasa nak meraungpun ada. Mulalah terfikir2. Kalau perkara macam ini berlaku kat mekah, masa tu jugak buat solat taubat, mintak ampun, kot-kot ada salah dan silap kat mana2 yang kita tak sedar,

Akhirnya aku telefon azho mintak tolong dia (dia akan minta tolong jiran dia etc). Setakat sekarang status TT aku masih belum jelas. Ya Allah, permudahkanlah urusanku ini. Aku mohon ampun kepadaMU atas segala dosa2ku samada yang aku sedar mahupun tidak.

Duit tu sebenarnya nak guna tuk bayar sewa apartment baru aku plus nak bayar deposit elektrik plus nak beli barang2 dapur.....

Tadi baca email dari uni, ada kes minah salleh nie jalan sorang diri di kampus pada malam hari telh dirompak, jadi semua telah dinasihatkan jangan jalan malam hari. Sesungguhnya elakkan aku dari mara bahaya, Ya Allah di dalam pencarian ilmu ini. Aminnn

Wednesday, September 23, 2009

Instructional Comm_unication

pagi tadi bayar deposit umah, pahtu call birmingham water tuk masuk air, tinggal bayar first month sewa 450 n deposit api, the house will be mine (kena tunggu pizah masuk duitlah). Petang ada kelas dgn richmond, biasalah mestilah gabra gile. She's the kind that pointed to the students and straightly ask the questions. Takan nak diam kot. Tapi hari lain sikit, Prof Stacks dr Univ miami masuk and briefly talk about instructional comm in class. Why instructor should always standup not sitting on the chair because to gain power. And what the most good thing i learn about the chapter is : teacher credibility is all about student perception, is not what she think, that she are good enough and have all the knowledge on that")aku kena conclude dlm kelas td). contohnya mcm Dr Ph_ill dlm oprah tu, org kat sini tak suka, dia rasa macam dia bagus, padahal org lain x rasapun dia credible..itu yg prof aku ckp.

So utk kita yg mengajar ini, students perception are very important..No matter what.

Tuesday, September 22, 2009

Meninjau bakal apartmentku

Sepanjang hari ini hujan tak henti2, macam musim tengkujuh kat kelantan jek. Dalam pada itu aku buat beberapa call, pertama apartment dekat dengan uni tapi 550, kedua, 400. So address dia 16 av south. Cari dgn her man n rizal, akhirnya jumpa apartment yg 400 tu, diaorg tak bagi sebab apartment tu nampak buruk seolah2 dah lama ditinggalkan. Ikut aku, belasah je. So pi kat satu realty agent, Phil bostany: dia suggest 2 apartment, satu kat 16 av south jugak, dekat dengan umah aku sekarang dan satu lagi kat 13 street south. Harga 450, utilities api n air aku kena bayar sendiri. Aku decide nak amik yg 13 street south tu. Aku estimate maybe sebulan dalam 550-600 tuk apartment saja. Hu Hu Hu, sengkek lah aku lepas nie. Nak buat guane kan.
Aku cakap dengan housemate nak kuar 1 oct nie. Ramai pujuk suruh consider coz nak duduk jauh dari orang lain, takut jadi apa2 lak nanti susah. But Aku nekad, kalau aku tak buat sekarang, aku takan buat sampai bila2.
Nanti dah masuk umah baru aku upload gambar. Doakan aku insyaAllah, yang baik2 saja di tempat orang ini. Mungkin takde orang malaysia kat situ, nak tak nak aku kena cakap omputih.
Tadi aku tanya soalan dalam kelas, Prof tu tak fahamlah aku cakap apa, hu hu hu...