Wednesday, February 23, 2011

Kata orang

Ada orang sangat pentingkan apa orang lain kata atau fikir tentang dirinya. Kalau pakai selekeh, nanti orang kata kita tak berduit, kalau pakai keta kancil, orang kata kita kerja cikai, kalau duduk rumah teres, orang kata kita bukan golongan elit. Penatlah nak dengar apa orang kata.

Teringat satu masa dahulu, aku memang suka ikut arwah wan aku, balik ke Air Hitam, jengok anak lelaki dia yg seorang itu iaitu Pak Uda aku. Pelik juga mak melawat anak, tapi apakan daya begitulah; anak uwan aku, tp suami orang. Sementara menunggu bas ke Mancis, tempat duduk takde, jadi kami berdua duduklah kat tepi longkang. Aku cakap kat wan, malulah nak duduk kat sini. Dia jawab apa nak malunya, kita bukan mencuri atau merompak. Biarlah orang nak tengukpun.

Kisah itu menjadi tangkal buat aku, untuk tidak menghiraukan kata2 orang asalkan aku masih berada di jalan yang benar. Hari ini, orang malu bila dikatakan miskin, bodoh atau tak cantik, tapi selamba je bila menyamun, jadi anak ikan atau perempuan simpanan. Semuanya kerana nak bergaya, nak di pandang mulia dan nak orang terpegun dengan harta, pakaian berjanama dan sebagainya. Itulah kita malu tak bertempat.