Hari ini aku berjalan kaki ke bank untuk menunaikan cek. Disebabkan cuaca agak nyaman, akupun mengorak langkah perlahan-lahan, tiba-tiba telefon ku berbunyi, panggilan dari at n t, internet provider, hendak datang ke rumah untuk memeriksa talian internet ku. " Hampeh betul" gerutuku di dalam hati, semalam seharian aku menunggu tidak pula dia menjelma, aku menjawab " Please come after 12 noon, I' not at home now". Kemudian, ku teruskan langkah hingga sampai di bank. Mengambil borang dan mencatat butiran cek, dah terus ke kaunter. Selepas itu aku keluarkan duit 20 dollar dari mesin ATM, buat bekal di tangan.
Keluar dari bank, aku mencongak2, arah mana hendak ku tujui, lantas aku mengambil keputusan untuk terus membayar sewa apartmen dekat uncle Phil. Sambil aku menunggu unclu Phil menulis resit, aku melaporkan kerosakkan lampu di bilikku. Dia menjawab "hold on, lets me finish writing first, I only can do one thing at one time". AKu menjawab, ok. Maklumlah umur uncle Phil dah mencecah 70 an. Sekembali ke ruma, uncle TJ pun datang untuk membaiki lampu dan seterusnya curtain ku yg telah rebah. Nasib uncle TJ mengenakan caj 2 dollar bagi 2 butir lampu.
Sedang asyik melayan uncle TJ mengantikan curtain, tiba-tiba datang orang at n t. Oh, Alhamdulillah hari ini nampaknya hari membaiki rumah. Setelah selesai semua tugas, akupun mula menjamah nasi goreng (dingin beku) yang telah siap bermasak sejak jam 6.45 pagi tadi. Sekian catatan hari ini. AKu nak solat zohor lak.
Orang Luar Pelopori Bank Digital Islam Pertama
11 months ago
No comments:
Post a Comment