Dari semlam sampai hari ini, kenapalah payah sangat nak buat TT nie? Semalam adik aku pi bank CIMb kat bentong tu, pegawai tu plak yang confius macamana alamat birmingham tu ada kat US bukan kat UK, dia suruh adik aku confirm balik dan datang semula esoknya. Bila datang semula dia kata pulak foreign transaction hari ini " hang". Kemudian aku suruh adik aku sorang lagi tu, radzuan tuk buat TT kat maybank pulak. Tengah dia nak siap2, abangngah aku kereta rosak kat genting semoah, pegilah pulak tolong (tengok). So sampai sekarang diaorang masih lagi tak transfer duit kat aku ni. Rasa nak meraungpun ada. Mulalah terfikir2. Kalau perkara macam ini berlaku kat mekah, masa tu jugak buat solat taubat, mintak ampun, kot-kot ada salah dan silap kat mana2 yang kita tak sedar,
Akhirnya aku telefon azho mintak tolong dia (dia akan minta tolong jiran dia etc). Setakat sekarang status TT aku masih belum jelas. Ya Allah, permudahkanlah urusanku ini. Aku mohon ampun kepadaMU atas segala dosa2ku samada yang aku sedar mahupun tidak.
Duit tu sebenarnya nak guna tuk bayar sewa apartment baru aku plus nak bayar deposit elektrik plus nak beli barang2 dapur.....
Tadi baca email dari uni, ada kes minah salleh nie jalan sorang diri di kampus pada malam hari telh dirompak, jadi semua telah dinasihatkan jangan jalan malam hari. Sesungguhnya elakkan aku dari mara bahaya, Ya Allah di dalam pencarian ilmu ini. Aminnn
Orang Luar Pelopori Bank Digital Islam Pertama
11 months ago
No comments:
Post a Comment