Sunday, December 20, 2009

Bercuti

Seminggu ke florida dgn perjlanan memakan masa selama 13 jam, itupun 4 kali berhenti. Hari pertama ke sea world, univrsal studio dan 3 hari ke disneyland. Dari mula gate buka sampailah gate tutup. Rasanya selepas ni cukuplah ke theme parks.

Thursday, December 10, 2009

Jangan mengeluh

Kemudahan yang ada pada kita ini hanya sementara, bila2 masa sahaja boleh di tarik kembali. Aku yang dulu agak sombong kerana tidak bergantung pada orang, tiba2 terpaksa mengharap pada orang. Baru aku sedar langit ni tinggi ke rendah. Jadikanlah semua ini ujian dan selalulah redha dengan ketetapan yang Maha Kuasa.

Wednesday, November 25, 2009

Pagi yang indah

Hari ini aku berjalan kaki ke bank untuk menunaikan cek. Disebabkan cuaca agak nyaman, akupun mengorak langkah perlahan-lahan, tiba-tiba telefon ku berbunyi, panggilan dari at n t, internet provider, hendak datang ke rumah untuk memeriksa talian internet ku. " Hampeh betul" gerutuku di dalam hati, semalam seharian aku menunggu tidak pula dia menjelma, aku menjawab " Please come after 12 noon, I' not at home now". Kemudian, ku teruskan langkah hingga sampai di bank. Mengambil borang dan mencatat butiran cek, dah terus ke kaunter. Selepas itu aku keluarkan duit 20 dollar dari mesin ATM, buat bekal di tangan.

Keluar dari bank, aku mencongak2, arah mana hendak ku tujui, lantas aku mengambil keputusan untuk terus membayar sewa apartmen dekat uncle Phil. Sambil aku menunggu unclu Phil menulis resit, aku melaporkan kerosakkan lampu di bilikku. Dia menjawab "hold on, lets me finish writing first, I only can do one thing at one time". AKu menjawab, ok. Maklumlah umur uncle Phil dah mencecah 70 an. Sekembali ke ruma, uncle TJ pun datang untuk membaiki lampu dan seterusnya curtain ku yg telah rebah. Nasib uncle TJ mengenakan caj 2 dollar bagi 2 butir lampu.

Sedang asyik melayan uncle TJ mengantikan curtain, tiba-tiba datang orang at n t. Oh, Alhamdulillah hari ini nampaknya hari membaiki rumah. Setelah selesai semua tugas, akupun mula menjamah nasi goreng (dingin beku) yang telah siap bermasak sejak jam 6.45 pagi tadi. Sekian catatan hari ini. AKu nak solat zohor lak.

Tuesday, November 10, 2009

The busy month


Wheww. what the busy month. With all the assignments should be complete end of this month, together with the presentation, I feel hectic. But yet still have time to shop online.

tak sabar menunggu barang tiba. Tools of trade cookware )29.90 usd. Harga sebenar dia usd100 . He he he. Macam nak memasak sangat. Lepas tu tgh sale buy one free ne tuk pinggan dia, termasuklah pinggan martha stewart. Bestnyer. Cepat2 sapa nak order.


Thursday, October 29, 2009

Bijak, bijak

"salam
raf*e*ah yg bijaksana...aku dh betulkn..no separation antar sec A and B now. tp sila check semula template asal yg Ra*fea*h yg arif bg...langsung takda Sec B...hanya coding Sec A. So jika ada apa2 perubahan..maklumlah awal K. Hantar email terdahulu dgn coding sblm ni...takda mention ttg label, juga menyukarkan org lain nk fhm dan ikut. So email la semula Dr. Po*well ok. Thank You.
lupa..1 lg..aku jarang buka UU*M mail. Jika sebelum2 ini guna email yahoo aku...so hantarla kt yahoo gk k. nti aku tk check jd isu besar lg plak. kene la konsisten gk dlm hal ni."

How nice the wording.. Bijaksana? Baru tahu ker?

Wednesday, October 21, 2009

Atlanta











Fall holiday just finished. I spent 3 day in Atlanta, visit several places that sound interesting but not all. But the nice and awesome is world of coca-cola and stone mountain

Ticket 15 bill for coke is just worth it. There are a lot of info and fun ( esp 3D motion picture). Lastly you can taste different variety of coke flavor around the world, but some were suck!!!

Stone mountain is a theme park plus historical place. It's about civil war in america. so the southern people remark some important figures on the mountain to remind their "jasa" to the country.

Finally, we ate so called chinese food beside Al Farouq mosque at atlanta. then after that going back to Birmingham again.

Friday, October 9, 2009

Botanical Garden






Jam sepuluh pagi, bergerak ke botanical garden, bersama rizal n family beserta kak JJ. Rizal bawak spageti goreng, kak JJ buat nasi tomato, ayam goreng, sambal udah. Fuhh. AKu bawak sandwich. Akhirnya sandwich aku dipandang sepi disebabkan keenakkan lauk2 yang lain. Lepas makan, mulalah berjalan2 ke kawasan sekitar. Lengguh jugaklah kaki, garden dia memang besar. Ada group of painter drawing garden scenery. Sempatlah ambil gambar dengan diaorg. Garden ini dibahagi kepada 4 section. First Japanese section ( paling besar), southern section (garden2 ala state kat southern nie, tropica garden- diaorg letak udara panas dlam tu- ada pokok limau kasturi lagi and flowers section). Garden ni luasnya dalam 3 ekar atau lagi besar, terletak bersebelahan birmingham zoo, tp zoo kitaorang tak pergi lagi.

Berada di sana bermula jam 10 pagi hingga 1 tengahari. Sebelum bertolak pulang, kami singgah di Chai, siam groceries shop.

Thursday, October 8, 2009

Glen Iris Elementary School

Today, I'm offering myself as volunteer at Glen Iris elementary school. It was fun and amazing experience.Budak2 umur 5/6 tahun, ada yg dah pandai baca ada yang tak pandai baca lagi. Aku ajar 3 orang budak, jonas, victory and Monashinda. Victory nie tanya aku dari mana, aku cakap malaysia, lepas tu kata dia pernah pi situ. Jonas tu plak tanya jauh ke tempat aku, mcm ew york ker? Aku cakap lagi jauh. Si victory menyampuk lagi, I have been to new york. Budak nie semua tampat dah pi, kononlah tu.

Lepas tu sorang budak lagi datang kacau group aku, cikgu dia marh, tetiba dia nangis. Tak sapa layanpun. Then dia senyap and datang kacau lagi. Ikut diaoranglah.

Hari nie aku tolong diaorg buat homework, Math and ajar baca. Rasanya dia yang betulkan pronounciation aku. Last sekali, aku cakap nak balik dah, she give me hug n says gud bye. I said next week I'll coming again..

Sunday, October 4, 2009

Cultural retreat

with scott
with chris
with joshua
with marcella and lynne
Cultural retreat at Oak Mountain.

Wow hari ini bermula seawal 7.40 pagi aku dah kelaur rumah, kerana hari ini ada cultural retreat di oat mountain. Sampai kat simpang tgk kereta rizal, cepat2 rizal turn back tuk pick up aku, rupa2nya dia hantar another two Malaysian ke tempat perjumpaan. Sampai kat sana, rupa-rupanya tiada yang berkumpul. Aku tanya coordinator program. She said " This is what happen here, that what we schedule at 8 am, but the program only start at 8.30 am" lebih kurang kita lah jugak. Ada introduction games n so on, before retreat start. Aku dapat t-shirt lagi, wow aku dah dapat 3 t-shirt free setakat ini. he he he.

Aku duduk sorang2, saja nak going out from the group, but well, they also dont want to sit near me. Wot ever. My objective to get as much new friends as I can. Then she comes, lynne from england and marcella from Colombia. They all so nice. We talk a lot, and also thank so much for our driver, scott n joshua. I got big hug from them. That's the culture here. We all in one car went to oak mountain, it's like the huge picnic place here with canoe and waterfall. Punyalah mendaki ke waterfall tu, rupa2nya macam air hujan kita turun dari atap waktu musim tengkujuh, siannya kat diorang. he h ehe.

And guess what? I will join them again for barbeque and scott will take me back after barbeque next friday!. Wow! it's cool, and a lot of fun to know them. And Marcella want to teach me cha cha. (kelab malam mana dia nak bawak aku nie) he he he. But after all things, seronok juga dapat kawan baru dan doa aku semoga akidah dan iman aku tetap utuh dan semakin kukuh di bumi amerika ini.

Friday, October 2, 2009

Apartment F

kawasan depan apartment aku. Apartment aku tingkat 1
Ruang tamu, kerusi, dan tempat letak buku semua beli kat salvation army donation centre (yang terpakai) semua bernilai $20, meja komputer bernilai $25 sebelum tax. Tu je harta yang aku ada sekarang.
Closet yang memang tersedia di dalam almari. Baju sejuk purple tu beli kat scotland, baju merah dan sweater kuning beli kat tempat bundle. Sikitnye baju aku kan. he he he.
Ini dapur, peti sejuk besar tapi dalamnya barang, alahai...korang datang tengok lah.
Hadapan rumah aku. Macam tulah patern apartment kat sini, tak jumpalah flat yang tinggi-tinggi macam kat kuala lumpur tu. Paling tinggipun 3 tingkat.

alhamdulillah aku dah selamat pindah ke Apartment F, 1416 13th street pada 30 September 2009.
Hari ini ingat nak pergi library tapi asyik mengemas dan laundry. Esok aku nekad akan pergi library, exam dah dekat, rasa takutnya.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah, aku dapat neighbour yang baik dari India, kira ala-ala hindustan gitu, dengan jasa baik diaorang dapatlah aku guna network dia. Aku nak bayar dia kata tak payahlah, bukan luakpun. (dalam bahasa inggeris yer bukan bahasa Hindi, he he he).

Apple picking-Steele orchard



Sabtu 26 ogos lepas, berangkatlah satu angkatan seramai 7 org pergi ke ladang apple, tujuannya untuk petik apple dari ladang, seorang kena bayar $5 dan minyak mpv tu $5.
Rizal bawak nasi lemak, kitaorg bawak perut jek. he he he.
Semua seronok cuma yang best macam berat mulut dengan seorang tu. Tak yah ceritalah yek. rasanya case closed.

Sungguh teruja tengok pokok2 apple tu, tapi hari hujan. Kitaorang cuma tangkap gambar dalam hujan je. Dapatlah merasa 7 atau 8 jenis apple diladang tu, Sebelum balik belilah apple cider (lebih kow dar apple juice, bernilai $6. Napelah aku asyik cerita kos jek? he h ehe). Menurut anak tuanpunya ladang, apple yang ada di market tu semua dah berusia setahun, kalau kat malaysia tak tahulah berapa tahun punya apple dah...

Balik dari ladang apple pergi pulak kat flea market, tak bestpun langsung tak sama dengan car boot sale macam UK tu.

Friday, September 25, 2009

Sterne Library

Berada di sini, rasa sungguh tenang, nak kata aku membaca sangat tu takdelah jugak. But I'm my own. Kat sini takde bilik tuk student postgrade but luckily, library dia ada bilik sorang2 boleh book tuk 3 jam and boleh renew semula. Mat Sallleh ni tak suka duduk library, maybe kat umah internet dah power sampai 7-15mb, buat apa dtg library kan?

Sambil2 baca article n browse internet, wifi dia pun canggihlah jugak. Walaupun aku banyak puji library dia but some of the system, Malaysia are more better than them. Pernah tak korang dial customer services tapi nak boleh cakap dengan orang dia hampir setengah jam or lebih. Memang sakit jiwa, nasiblah tepon umah tu unlimited for local call.

One more thing, online journal kat library nie memang heaven, kalau takde kita boleh buat review through other library. E-book pun boleh print. Hari tu aku pi public library for south side, canggih jugaklah boleh pinjam dvd movies, wifi dia excellent and nampak ramai homeless kat situ, but surprisingly there was reading magazine. he he he.

oklah setakat tu je nak ceta pasal library diaorg, and counter services i give 4 star out of 5, (kalau org lain mesti bagi 5 punya) he hehe.

Thursday, September 24, 2009

Telegraph Transfer

Dari semlam sampai hari ini, kenapalah payah sangat nak buat TT nie? Semalam adik aku pi bank CIMb kat bentong tu, pegawai tu plak yang confius macamana alamat birmingham tu ada kat US bukan kat UK, dia suruh adik aku confirm balik dan datang semula esoknya. Bila datang semula dia kata pulak foreign transaction hari ini " hang". Kemudian aku suruh adik aku sorang lagi tu, radzuan tuk buat TT kat maybank pulak. Tengah dia nak siap2, abangngah aku kereta rosak kat genting semoah, pegilah pulak tolong (tengok). So sampai sekarang diaorang masih lagi tak transfer duit kat aku ni. Rasa nak meraungpun ada. Mulalah terfikir2. Kalau perkara macam ini berlaku kat mekah, masa tu jugak buat solat taubat, mintak ampun, kot-kot ada salah dan silap kat mana2 yang kita tak sedar,

Akhirnya aku telefon azho mintak tolong dia (dia akan minta tolong jiran dia etc). Setakat sekarang status TT aku masih belum jelas. Ya Allah, permudahkanlah urusanku ini. Aku mohon ampun kepadaMU atas segala dosa2ku samada yang aku sedar mahupun tidak.

Duit tu sebenarnya nak guna tuk bayar sewa apartment baru aku plus nak bayar deposit elektrik plus nak beli barang2 dapur.....

Tadi baca email dari uni, ada kes minah salleh nie jalan sorang diri di kampus pada malam hari telh dirompak, jadi semua telah dinasihatkan jangan jalan malam hari. Sesungguhnya elakkan aku dari mara bahaya, Ya Allah di dalam pencarian ilmu ini. Aminnn

Wednesday, September 23, 2009

Instructional Comm_unication

pagi tadi bayar deposit umah, pahtu call birmingham water tuk masuk air, tinggal bayar first month sewa 450 n deposit api, the house will be mine (kena tunggu pizah masuk duitlah). Petang ada kelas dgn richmond, biasalah mestilah gabra gile. She's the kind that pointed to the students and straightly ask the questions. Takan nak diam kot. Tapi hari lain sikit, Prof Stacks dr Univ miami masuk and briefly talk about instructional comm in class. Why instructor should always standup not sitting on the chair because to gain power. And what the most good thing i learn about the chapter is : teacher credibility is all about student perception, is not what she think, that she are good enough and have all the knowledge on that")aku kena conclude dlm kelas td). contohnya mcm Dr Ph_ill dlm oprah tu, org kat sini tak suka, dia rasa macam dia bagus, padahal org lain x rasapun dia credible..itu yg prof aku ckp.

So utk kita yg mengajar ini, students perception are very important..No matter what.

Tuesday, September 22, 2009

Meninjau bakal apartmentku

Sepanjang hari ini hujan tak henti2, macam musim tengkujuh kat kelantan jek. Dalam pada itu aku buat beberapa call, pertama apartment dekat dengan uni tapi 550, kedua, 400. So address dia 16 av south. Cari dgn her man n rizal, akhirnya jumpa apartment yg 400 tu, diaorg tak bagi sebab apartment tu nampak buruk seolah2 dah lama ditinggalkan. Ikut aku, belasah je. So pi kat satu realty agent, Phil bostany: dia suggest 2 apartment, satu kat 16 av south jugak, dekat dengan umah aku sekarang dan satu lagi kat 13 street south. Harga 450, utilities api n air aku kena bayar sendiri. Aku decide nak amik yg 13 street south tu. Aku estimate maybe sebulan dalam 550-600 tuk apartment saja. Hu Hu Hu, sengkek lah aku lepas nie. Nak buat guane kan.
Aku cakap dengan housemate nak kuar 1 oct nie. Ramai pujuk suruh consider coz nak duduk jauh dari orang lain, takut jadi apa2 lak nanti susah. But Aku nekad, kalau aku tak buat sekarang, aku takan buat sampai bila2.
Nanti dah masuk umah baru aku upload gambar. Doakan aku insyaAllah, yang baik2 saja di tempat orang ini. Mungkin takde orang malaysia kat situ, nak tak nak aku kena cakap omputih.
Tadi aku tanya soalan dalam kelas, Prof tu tak fahamlah aku cakap apa, hu hu hu...